Sabtu, 27 Mac 2010

Bagaimana mendapatkan web traffic secara percuma

Jika awak ingin buat duit dari internet, awak perlulah mempunyai web traffic yang sentiasa ke blog/website awak secara konsisten. Ada program yang boleh membawa web traffic ke blog awak dengan cepat dengan hanya membayar beberapa $$. Tapi, program-program sepeti ini kebanyakannya scam dan susah untuk membezakan mana satu yang scam dan mana yang tidak. Walaubagaimanapun, ada juga cara yang boleh awak lakukan untuk mendapat web traffic secara percuma. Cara ini boleh dijayakan jika awak berusaha dan banyak bersabar kerana ia akan memerlukan sedikit masa untuk awak melihat hasilnya.

Contohnya seperti memasarkan artikel (article marketing) awak. Cara ini adalah cara yang terbaik untuk membina back-links ke blog awak disamping menunjukkan kemahiran awak menulis tentang nic awak. Lagi banyak artikel yang awak keluarkan, lagi ramai yang akan mempercayai kata-kata awak dan memandang awak sebagai expert dalam nic itu. Walaupun ia agak berat kerana awak perlu menulis aritkel selalu tapi ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi.

Pemasaran Sosial Media (Social Media Marketing) juga boleh digunakan untuk mendapatkan web traffic. Contohnya Twitter, Facebook, Technorati, Stumbleupon, Delicious, Digg dan banyak lagi boleh digunakan untuk membuat networking. Disini awak boleh keep in touch dengan pembaca -pembaca awak dan sentiasa updatekan mereka dengan artikel-artikel baru di blog awak. Dengan cara ini juga senang untuk mereka berkongsi artikel awak dengan kawan-kawan mereka. Lagi ramai kawan mereka, lagi banyak web traffic awak.

Begitu juga dengan Youtube. Video-video yang menarik boleh menarik lebih ramai traffic ke blog awak. Buat lah beberapa video yang menarik dan cuba lihat apa respons yang awak dapat. Awak tentu akan terkejut bertapa ramai orang yang lebih cenderung memberi komen tentang perkara yang awak sampaikan melalui video jika dibandingkan dengan artikel biasa.

Selain itu, meninggalkan komen di blog-blog lain adalah salah satu cara untuk membuat back-links. Tinggalkan komen yang berguna yang boleh memberi manfaat kepada pembaca lain. Ini boleh menarik minat mereka ke blog awak pula. Secara tak lansung, robot enjin pencarian yang merangkak blog itu akan pergi ke blog awak juga dan ini boleh menaikkan blog awak dalam enjin pencarian.

Ini hanya beberapa cara yang awak boleh lakukan untuk mendapatkan web traffic secara percuma. Walaubagaimanapun, setiap taktik mempunyai cara tersendiri untuk menjayakannya. Percayalah, dengan masa awak boleh memahiri taktik-taktik ini dan membawa web traffic ke blog awak secara konsisten.

Rabu, 24 Mac 2010

Mula blogging Dengan Blogger!

Blogging adalah salah satu cara bagaimana ingin buat duit dari internet. Ada beberapa platform blogging yang awak boleh bukakan akaun blogging awak. Tapi bagi saya, Blogger adalah satu platform yang terbaik untuk blogger-blogger baru yang baru ingin berkecimpung dalam dunia blogging ni. Blogger adalah satu platform blogging dibawah naungan Google yang sangat mudah jika dibandingkan dengan platform-platform lain seperti Wordpress dan sebagainya.

Kedua-dua Blogger dan Wordpress ada kebaikannya yang tersendiri. Wordpress contohnya memberi awak peluang untuk membuat blog awak nampak seperti mana yang awak nak manakala Blogger pulak lebih simple dan tak 'complicated'. Tapi untuk mengarifkan diri dengan Wordpress ni akan memerlukan banyak masa jika awak tak mahir dengan IT dan selok-belok internet ni. Walaubagaimanapun, ini tak bermakna salah satu saja yang lagi elok untuk digunakan. Itu saya akan terangkan di blog post yang lain. Jadi blog post ini akan menerangkan cara-cara bagaimana membuka akaun blogger awak.

Membuka satu akaun blogger memang mudah. Mula-mula awak perlu sign in di Blogger dengan akaun Google awak. Selepas sign in, awak perlu pilih nama dan alamat blog awak. Awak boleh pilih nama awak sebagai alamat blog jika mahu, tapi lebih baik jika awak pilih nama yang kena-mengena dengan apa yang blog awak sampaikan. Contohnya, fashionwithshila.blogspot.com. Sudah tentu blog berkenaan dengan fashion. Cara ini boleh membantu ranking dan indexing blog awak dalam enjin pencarian.

Selepas itu, awak perlu mengeluarkan blog awak yang pertama. Perkenalkan diri awak dan apa awak akan sampaikan dalam blog awak. Pendek pun takpe. Cuma pastikan semua keywords(kata kunci) untuk niche awak ada. Publish dan selepas itu, tetapkan segala settings(tetapan) untuk blog awak. Settings ini boleh ditetapkan sesuka hati awaklah.

Senangkan? Lepas tu awak hanya perlu update kan blog awak dari semasa ke semasa. :)

Jumaat, 19 Mac 2010

Bagaimana megeluarkan blog post yang bagus

Blogging memang senang. Senang ke? Awak sebagai blogger perlu memastikan blog awak sentiasa ada pengunjung. Bagaimana nak memastikan pembaca awak akan sentiasa mungunjungi blog awak? Sudah tentu isi blog awak lah yang perlu menarik perhatian mereka. Sentiasa mengeluarkan blog post yang bagus dan menarik akan memastikan mereka 'coming back for more!'.

Jadi, ini adalah beberapa tips yang perlu anda ikuti:-

Pertama sekali, pastikan blog post anda 'short and sweet'. Biar simple, tapi menarik. Pembaca awak mahukan info yang cepat, padat dan lengkap. Jadi itu lah apa yang patut awak berikan pada mereka.

Pastikan blog post awak mempunyai info yang terkini. Pembaca sukakan info yang boleh membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah. Biasakan menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh pembaca awak. Sekali-sekala, keluarkan satu post khas untuk soalan itu bagi menerangkan dengan lebih lanjut pada mereka.

Galakkan interaksi dengan pembaca. Galakkan pembaca awak memberi komen diakhir blog post awak dan lihat apa reaksi mereka.

Sekali-sekala, letakkan gambar atau video di blog post awak. Cara ini boleh menarik perhatian pembaca-pembaca awak dan mengelakkan mereka dari cepat rasa bosan.

Itu saja buat masa ini. Awak rasa ada perkara yang perlu saya tambah? Lain kali kita bincang lebih lanjut lagi k...

Selasa, 16 Mac 2010

Affiliate Marketing?? Apa tu?

Jangan biarkan diri awak dibelenggu dengan soalan ini. Biar saya terang kan. :)

Affiliate marketing atau affiliate blogging adalah salah satu cara untuk awak membuat pendatan di internet. Konsepnya, dalam perkatan 'marketing' itu sendiri dah terangkan dah. Mestilah menjual sesuatu produk. Tapi bukan seperti skim-skim lain dimana awak perlu mengeluarkan duit poket anda dengan tujuan menjualkannya semula. Ooohh tidak. Affiliate marketing adalah FREE OF CHARGE. Seronokkan dengar ayat tu. hehe

Menjadi seorang affiliate blogger boleh membantu awak menjana pendapatan dari internet sementara awak membangunkan blog atau website awak. Tapi, jangan salah faham. Produk yang akan awak jual itu adalah hak milik orang lain. Dalam erti kata lain, tugas awak sebagai affiliate adalah untuk membantu mempromosikan tuan punya produk untuk menjual produknya. Dan sekiranya awak dapat meyakinkan pembaca blog awak untuk membeli produk yang awak promote, tuan punya produk akan memberikan sedikit komisyen. Faham setakat ini?

Jadi, apa yang awak patut lakukan untuk menjadi seorang affiliate blogger?

Pertama sekali, awak perlu berdaftar dengan tuan punya produk atau 'publisher'. Publisher akan membuat satu affiliate program dimana awak boleh sign up untuk menjadi seorang affiliate. Selapas itu, awak akan diberikan satu link yang disertakan dengan ID awak. Link ini awak perlu meletakkannya di dalam blog atau website awak dan ia akan membawa pembaca awak ke laman publisher dimana produk itu sedia untuk dibeli. Jika ada pembaca awak klik pada link itu dan membeli produk tersebut, awak akan diberikan komisyen yang telah dijanjikan oleh publisher. Senang kan?

Ya, memang senang. Tetapi, ada ramai lagi affiliate blogger di internet sekarang yang sedang melakukan benda yang sama. Jadi, awak perlu fikirkan cara yang terbaik untuk mempromosikan produk tersebut. Ingat! Awak tidak perlu membuat 'sales pitch' atau post panjang untuk menerangkan produk tersebut. Yang penting awak hanya perlu memastikan pembaca awak klik pada link itu dan 'sales pitch' tuan punya produk dah sediakan. Bila ada yang beli..KA CHING!! :)

Isnin, 15 Mac 2010

Hello dari saya!

Selamat pagi!
(post ni dibuat time pagi so..selamat pagi la.)

First of all, terima kasih banyak-banyak sebab visit blog saya. Mesti awak tertanya-tanya, "Boleh ke buat duit dari internet?" Jawapannya...tentu la BOLEH! Malaysia Boleh! eh..lari topik.

Sudah tentu boleh buat duit sambil blogging. Kalau tak, kenapa kita selalu dengar semua orang cakap boleh buat? Saya percaya pada konsep ini dan awak patut juga. Ramai blogger dah buat dan ramai blogger yang ingin mengajar awak macam mana nak melakukannya.

Senang ke? Saya rasa tak susah. Cuma ada cara yang betul nak membuatnya dan saya ingin berkongsi dengan awak apa yang saya belajar dari problogger lain. So, datang la selalu. :)